Jika Di Jepun Ada Pulau Kucing, Di Pulau Pinang Pula Terdapat Pantai Kucing

Jika di Aoshima, Jepun, terkenal dengan jolokan ‘Pulau Kucing’, tak kurang juga dengan sebuah pantai di Pulau Pinang ini yang mempunyai lebih 250 ekor kucing terbiar.

Pantai Kucing yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang ini telah diusahakan oleh seorang nelayan, Nana Wan Chik, 57, bersama rakan kongsinya dari New York, Tevoit Fairservis, 62.

Nana Wan Chik, juga mendapat nama panggilan ‘Papa Kucing’, pada mulanya membela 10 ekor kucing yang diselamatkan dari tepi jalan, dan jumlah itu bertambah selepas beberapa tahun.

Dipetik daripada Awani, bukan mudah untuk menjaga lebih 200 ekor kucing ini dalam satu masa, tambah lagi dengan kekangan kewangan dan sumber untuk membeli makanan serta perubatan kucing-kucing ini.

“Selepas mengusahakan Pantai Kucing, ramai yang menghantar kucing-kucing terbiar kepada kami untuk dijaga. Baru-baru ini, seorang wanita dari Kulim mahu menghantar 100 ekor kucingnya kepada kami, namun saya terpaksa menolak kerana tidak mampu untuk menambah jagaan kucing”

Selain daripada membeli makanan kucing, kucing-kucing ini juga diberikan makanan daripada lebihan nasi dan lauk daripada kantin sekolah.

Buat masa ini, tiada cas dikenakan kepada pengunjung yang ingin melawat kucing-kucing berkenaan di Pantai Kucing, namun Tevoit Fairservis tidak menolak kemungkinan akan mengenakan sedikit bayaran bagi menampung kos operasi mereka dimasa akan datang.

CREDIT TO SYOK.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *