Gara-Gara Dimarahi Putuskan Wayar ‘Headset’ Tuan, Kucing Bawa Pulang Anak Ular Sebagai Ganti

Mungkin kedengaran agak lucu, tetapi itulah yang berlaku apabila seekor kucing ‘menghadiahkan’ tuannya dengan seekor ular sebagai ganti setelah memutuskan wayar atau kabel alat dengar telefon.

Insiden itu dikongsi oleh tuannya, Haryanto Pherwhirra Ramadhani di salah satu group pencinta kucing di Facebook dan mendapat reaksi netizen yang rata-rata geli hati dengan gelagat haiwan peliharaannya.

Melalui posting itu, Haryanto memberitahu kucingnya asyik bermain sehingga mengigit wayar itu sampai putus.

Insiden itu membuatkan kucingnya itu menjadi terkenal sehingga mendapat liputan di akhbar tempatan.

Sumber: Haryanto Pherwhirra Ramadhani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *