Dah La Tak Bayar Sewa, ‘Hadiahkan’ Pula Tahi Kucing – Lagi Kisah Penyewa Biadap

Siapa tak marah melihat rumah yang pada awalnya disewakan dalam keadaan baik, ditinggalkan bersepah dan kotor. Sebagai seorang penyewa, seseorang hendaklah bertanggungjawab menjaga amanah dengan sebaiknya.

Seperti perkongsian wanita ini, rumah ditinggalkan ‘hancur’ dan dipenuhi najis kucing di sekitar rumah. Bukan itu sahaja, tunggakan sewa 4 bulan dan bil utiliti dibiarkan begitu sahaja.

Tinggalkan rumah hancur & penuh najis kucing

Post saya ni bukan nak aibkan siapa-siapa, cuma berharap orang lain boleh amik iktibar & tak terkena nasib macam saya.

Penyewa rumah tinggalkan rumah yang hancur dan penuh dengan tahik kucing sebagai kenangan untuk tuan rumah. Oh ya dan juga meninggalkan hutang rumah sewa 4 bulan & segala bil-bil utilities yang tak pernah berbayar.

Bukan kata tak pernah minta sewa, dah berpuluh message. Reply nya minta tangguh dan tangguh alasan nya
1. Duit habis,uruskan pengkebumian adik
2. Kena settlekan hutang abang, sebab abang berhutang dengan along
3. System grab buat hal, tak boleh nk draw duit
4. Tunggu hujung bulan baru boleh bayar
5. Gaji kecik je RM2300 – ni rasa macam nak cekik orang je, saya tak pernah paksa pon awak sewa rumah saya

Tidak mahu keluar rumah

Rasanya dah masuk 4 kali dh suruh keluar, tapi dia memang hati kering dan sifat kemaluan yang senipis kulit bawang. Katanya dia cuma akan keluar bila dapat surat dari mahkamah. Omaigod ni manusia dari planet mana ni, memang pemikiran di luar kotak. Dah melampau ni, tapi tu lah sebab kan ni adalah kes civil, polis pon takleh buat apa (buat penat je keluar masuk balai).

So IO suggest mangga rumah, bagi surat notis suruh keluar dalam masa 7 hari then barang-barang dalam rumah boleh buat cagaran.

Ingat kan dh settle lah, rupa nya dia tanpa rasa bersalah pergi potong mangga tu then then continue his life like normal. Ya Allah hebat nya ujian mu.

Janji nak selesaikan sewa tapi..

Dipendekkan cerita, dia janji akan settle kan sewa tertunggak dan akan serahkan rumah dalam keadaan bersih. Once again, kena kencing lagi memang dia awal-awal dah lari dan tinggal kan rumah yang macam tongkang pecah, saluran air yang tersumbat dengan tahi kucing & tombol pintu dipecahkan. Ini baru 6 bulan, kalau setahun tak tahu lah alamat nya memang rumah ni dah jadi sangkar kucing gamaknya.

Conclusion siapa-siapa nak cari penyewa, please hati-hati. Dont judge a book by its cover. Rambut sama hitam tapi hati kita tak tahu & jangan mudah kesian dekat orang

 

CREDIT TO SURAYA MD AMIN, OH BULAN!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *