Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Kategori Pertama Sehingga 9 Mei Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora melibatkan beberapa buah negeri di Semenanjung.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Facebook Malaysian Meteorological Department, dijangkakan kategori pertama melibatkan Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Phuket dan juga Selat Melaka Utara. Keadaan laut bergelora itu dijangka 40-50 Kmsj dengan ketinggian ombak 2.5-3.5 m bermula 6 Mei 2019 sehingga 9 Mei 2019.

Kawasan-kawasan yang dijangka terlibat dengan ribut petir pula ialah, Johor Barat, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Selat Melaka Utara sehingga jam 2 petang ini.

Sumber: Malaysian Meteorogical Department

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *