Ini amalan mulia ulama tersohor negara sebelum pergi buat selama2nya

Pendakwah terkenal yang juga bekas penasihat Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini di kediamannya kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian Online, anak lelakinya, Mohamad Yusri Abu Hassan, berkata Allahyarham men1nggal dunia selepas terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.

Jatuh Selepas tunai solat subuh

“Subuh tadi, beliau bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika ingin memakai seluar, beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan yang datang dengan ambulans, cuba melakukan bantuan penafasan kecemasan (CPR) bermula dari rumah hingga dalam perjalanan ke hospital.

“Selepas hampir satu jam melakukan CPR, ayah saya tidak memberikan sebarang maklum balas dan kira-kira jam 7.30 pagi, doktor mengesahkan beliau men1nggal dunia,” jelasnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, j3nazah All4hyarham akan dibawa pulang ke rumah di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dibawa ke Masjid Saidina Hamzah untuk dimandi dan dikafankan.

Anaknya turut memaklumkan, urusan pengebumian jenazah akan dilakukan di tanah p3rkuburan terdekat dan akan dilaksanakan secepat mungkin sebelum solat zohor.

Untuk rekod, All4hyarham merupakan adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang men1nggal dunia di Amerika Syarikat pada September 2016 lalu.

4rwah dilahirkan di Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.

Allahyarham mulai bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.

Arwah men1nggal dunia pada usia 72 tahun.

VIDEO:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *