Padah terajang kucing bernama ‘Mimi’, remaja akhirnya …

BUTTERWORTH: Padah menendang seekor anak kucing, seorang remaja perempuan bawah umur dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini.

Remaja berusia 16 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu di belakang kedai perabut, Lorong Seri Menerong 4, Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor.

Remaja berkenaan membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Che Rohana Ismail yang dilakukan dalam prosiding tertutup.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa tanpa sebab yang munasabah telah menendang seekor kucing kira-kira jam 1 petang pada 4 Mac 2018.

Difahamkan tindakan remaja berkenaan telah dirakam sebelum dimuat naik ke laman sosial dan menjadi tular.

Bagi kesalahan itu, dia  didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) (Akta 647), namun dikenakan hukuman mengikut Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana masih di bawah umur.

CREDIT TO ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *