Lelaki dakwa tak sengaja racun 25 kucing hingga tidak bernyawa

KUANTAN: Seorang pencinta kucing Muhammad Nor Fiqry Zahari, 38, atau lebih dikenali dengan panggilan Babah Conan akan membuat laporan polis berhubung kucing peliharaan yang terkorban akibat di racun di rumahnya di Lorong Seri Kuantan, Selasa lalu.

Babah Conan berkata, laporan itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada kawannya bahawa ada individu telah menghubungi sebuah stesen radio untuk memohon maaf kerana tidak sengaja meracuni haiwan terbabit.

“Saya tak tahu siapa yang buat panggilan itu, tetapi panggilan suara itu dikongsikan oleh kawan menerusi aplikasi WhatsApp kepada saya. Lelaki tersebut memaklumkan yang dia tidak mengetahui ada kucing di kawasan terbabit.

“Kepala ayam yang mengandungi racun ini mahu diberikan kepada tikus dan anjing yang berkeliaran di kawasan terbabit. Saya nak kesahihan perkara ini supaya tindakan selanjutnya boleh diambil,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kini jumlah kucing peliharaannya yang terkorban akibat diracun telah meningkat kepada 25 ekor.

CREDIT TO SINAR HARIAN, ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *