Enam haiwan terkorban kerana renjatan elektrik

CAPE TOWN 30 Jan.- Enam haiwan terkorban apabila sebuah tiang elektrik dalam taman negara terbesar di sini tumbang akibat ribut petir.

Seekor badak sumbu, seekor zirafah, dua ekor singa dan dua ekor hyena dipercayai terkorban akibat terkena renjatan elektrik di Taman Negara Kruger.

Haiwan-haiwan tersebut ditemukan sepasukan renjer bersama beberapa orang jurutera yang ke lokasi kejadian untuk memulihkan tiang elektrik berkenaan.-AGENSI

 

CREDIT TO UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *