Bayi dihurung semut dan masih bertali pusat ditemui tepi jalan

SIK: Seorang remaja tidak menyangka rutin harian menghantar ibunya ke kebun berubah hari ini apabila menemui seorang bayi yang dikerumuni semut ketika melalui tepi jalan di hujung Kampung Bunga Chepir, di sini, pagi tadi.

Mohd Nur Huda Abdul Aziz, 18, bersama ibunya kemudiannya mengambil tindakan segera menghubungi jururawat dari klinik berdekatan sebelum melaporkan penemuan itu kepada polis.

Bayi yang masih bertali pusat itu kelihatan dalam kesejukan.

“Saya hantar emak saya pergi kebun di sebelah sini, lepas itu terdengar bunyi suara bayi, tetapi berselimut dengan kain tuala. Saya buka tengok bayi itu masih basah lagi rambut dia ada darah lagi.

“Saya buang semut dekat belakang badan dia sebab takut dia sakit kena gigit dengan semut, tali pusat pun ada. Masa itu rasa kasihan dan rasa sentap (marah) jugalah sebab bayi masih kecil,” kata Mohd Nur Huda ketika mengimbau kembali detik-detik dia bertemu dengan bayi malang itu.

CREDIT TO ADIE SUFIAN ZULKEFLI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *