Tulang anak T-Rex yang jarang ditemui dijual di eBay dengan harga bermula RM12.2 juta, mencetuskan kemarahan para saintis

Fosil tulang anak T-Rex yang dikategorikan sebagai spesies jarang ditemui telah berada di dalam senarai ‘beli sekarang’ di e-Bay dengan harga dibuka bermula dengan $2.95 juta (RM12.2 juta).

Pemburu fosil, Alan Detrich telah menyiarkan penjualan fosil berkenaan pada laman bidaan dengan harapan agar ia dapat menarik perhatian para penyimpan koleksi yang kaya raya.

Tindakan Alan berkenaan walau bagaimanapun mengundang kemarahan rata-rata pengkaji di seluruh dunia. Hal ini kerana, para saintis berkeras agar fosil berharga seperti itu tidak seharusnya dijual sebaliknya perlu dipelajari dan dikaji sepenuhnya.

Senarai penjualan kontroversi di e-Bay berkenaan bertulis, “Fosil anak Trynnosaurus (T-Rex) yang jarang ditemui, mungkin seekor sahaja di bumi”. Ia dimuat naik menerusi akaun ‘pirategoldcoins’.

Tulang tersebut adalah sebahagian daripada anak T-Rex berkenaan, yang tingginya mencecah 15 kaki, tengkoraknya pula sepanjang 21 inci dan 12 batang gigi pada rahang bawahnya.

Tulang berkenaan dianggarkan berusia 68 juta tahun dan pertama kali digali oleh Alan di sebuah kawasan tanah persendirian di Montana pada tahun 2013. Fosil tersebut kemudian dipamerkan di Muzium Sejarah Semula Jadi, University of Kansas.

Sesetengah individu berpendapat bahawa Alan meminjamkan spesimen tersebut pada universiti terbabit untuk menarik minat awam sebelum menjualnya secara dalam talian. Mengikut undang-undang, Alan merupakan pemilik mutlak kepada fosil tersebut kerana ia digali pada kawasan tanah peribadi miliknya.

Jadi, terserah kepadanya untuk melakukan apa sahaja pada hasil galiannya itu. Namun, penjualan secara dalam talian terhadap fosil tulang yang jarang ditemui tidak disenangi oleh golongan ahli paleontologi.

Terdapat sepucuk surat daripada Society Vetebrate Paleontology (SVP) yang mengkritik penjualan itu dan tindakan Alan yang dianggap sebagai satu contoh kehilangan nilai kemanusiaan dalam memahami dan menghormati alam.

Antara isi surat berkenaan, “Hanya replika fosil sahaja yang boleh diniagakan bukannya fosil asli. Fosil penting seperti anak T-Rex ini merupakan petunjuk kepada warisan alam dan ia selayaknya diamanahkan kepada badan berwajib”.

CREDIT TO ERA BARU

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *