Kucing Tiba-tiba Muncul Dalam Program Siaran Langsung, Pengacara TV Ini Lakukan Sesuatu Yang Mengagumkan

Ketika sebuah program televisyen di Turki bertajuk ‘Good Morning Denizli’ sedang bersiaran secara langsung, seekor kucing jalanan tiba-tiba memunculkan dirinya dan menyebabkan insiden ini mengundang perhatian daripada ramai pihak.

Meskipun situasi ini berlaku tanpa dijangka, pengacara program tersebut iaitu Kudret Çelebioglu berjaya mengawal keadaan dengan sangat baik.

Ketika Kudret menyedari kewujudan kucing itu, dia pada awalnya kelihatan agak terkejut. Namun, dia kemudiannya segera mengalihkan perhatiannya kepada tetamu istimewa berkaki empat itu.

Malah, Kudret juga telah mengubah seluruh situasi program dan mengambil peluang tersebut untuk mendidik para penonton agar memberikan perhatian kepada kucing-kucing jalanan.

“Seperti yang anda tahu, musim sejuk bakal tiba. Ini adalah tetamu yang tidak diundang tetapi kita perlu memberikan pelukan kepadanya. Kita patut buka pintu untuk kucing jalanan dan berikan mereka air serta makanan. Kita semua perlu menjaga kucing-kucing ini.”

Betapa cepatnya Kudret bertindak dan insiden ini menunjukkan sikap profesionalnya yang menakjubkan!

Sebaik sahaja tamat program, Kudret dan rakan sekerjanya telah melakukan yang terbaik bagi memastikan anak kucing yang comel itu sihat dan selesa. Mereka telah memberinya makan dan menyediakan tempat tidur yang hangat.

Bukan sahaja itu, salah satu kru di studio tersebut turut jatuh hati dan mengambil keputusan untuk memelihara kucing berkenaan. Akhirnya, kucing jalanan yang terkenal itu telah diberikan nama Hüsnü yang membawa maksud kecantikan.

Kisah yang sungguh menyentuh hati!

CREDIT TO SUKAN SENTRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *