Kucing Ini Diserang Sawan Babi, Kenali Punca Kenapa Sawan Kucing Berlaku

Serangan sawan kepada kucing adalah penyakit yang terjadi secara tiba-tiba dan orang yang terkena sawan tidak boleh mengawal pergerakan badannya, gigi dan rahangnya akan mengetip  seolah-olah sedang mengunyah, berbuih mulut, lelehan air liur, terbaring, kekejangan kaki, dan lain-lainnya.

Ia akan berlaku seketika dan kemudiannya kembali orang itu akan kembali normal dan seolah olah mendapat kesedaran serta pulih secara beransur-ansur. Sawan adalah gangguan sementara aktiviti neurochemicals di dalam otak yang membawa kepada kehilangan kawalan semua otot kucing.

 

Antara punca kucing mengalami sawan adalah disebabkan oleh :

Keracunan tahap kronik iaitu keracunan dari strychnine, bahan antibeku (etilena glikol), plumbum/lead(terutamanya dari cat), racun serangga(yang mengandungi Organophosphates cenderung menyebabkan sawan dengan tanda-tanda seperti lelehan air liur dan otot bergerak-gerak kekejangan) dan racun tikus.

– Memberi makan ikan mentah kerana ikan mentah mengandungi thiaminase iaitu sejenis enzim yang memecahkan thiamine (vitamin B). Thiamine diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal.Kehilangan thiamine dari sistem badan kucing akan mengakibatkan sistem saratnya gagal berfungsi .

– Kecederaan kepalanya yang mengakibatkan gangguan tisu otak akibat hentakan kuat kerana kemalangan,pukulan dengan objek tumpul/keras.

– Epilepsi adalah serangan sawan yang berlaku secara berulang berpunca gangguan otak. Ianya disebabkan oleh pengaruh luar,seperti trauma, atau kecacatan dalam neurochemicals di dalam otak.

 

CREDIT TO LENTERA EMAS

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *