Apa Anda Perlu Buat Sekiranya Kucing Anda Patah Kaki?

Memang tidak dinafikan yang kucing adalah haiwan fleksi dan amat tangkas yang boleh membuat lompatan tanpa sebarang masalah dan juga berkebolehan mendarat dengan ke empat-empat kakinya dengan selamat.Agak sukar dapat dilihat ianya jatuh secara terlentang.

Walau bagaimanapun,kejatuhan dari tempat tinggi ataupun perlanggaran dengan kereta,serangan haiwan lain,didera oleh manusia adalah antara faktor menyebabkan kucing mengalami patah tulang samada tulang paha, pelvis dan lainnya.

 

Keadaan Berkemungkinan Kucing Patah Tulang
Bila mana kucing berada dalam kesakitan terutamanya kesan patah tulang bersertakan kesakitan lain yang dialaminya kesan impak jatuhan ataupun terlangar dll, ianya akan bertindak agresif seperti menggigit/mencakar kita, tidak kira betapa lembutnya kita memegang/menyentuhnya.Apa yang boleh kita tenangkannya adalah menutup/menyelimutkan kepala/mukanya ketika hendak memeriksa  badannya secara menyeluruh samada ianya patah ataupun tidak.

 

Kucing memang agak bijak dalam menyembunyikan kesakitan mereka,Lihat tanda-tanda yang ditunjukkannya seperti: 
-Meraung atau marah tetiba-tiba jika menyentuhnya
-Tidak berjalan atau tidak menggunakan anggota badannya yang sakit

-Tidak makan atau asyik tidur tetiba atau menyembunyikan dirinya
-Bengkak atau lebam di kawasan yang cedera.
-Kesan Luka/darah

 

Langkah Segera

Setelah kenalpasti kedudukan patah tulangnya adalah tindakan yang perlu diambil adalah membaluti dengan tuala bersih menjadikannya tebal supaya kukuh dikedudukannya di kawasan yang berdarah atau di tempat patah tulang.

Kurangkan terlalu banyak menyentuh/pegang bahagian tulang yang patah dan segera membawanya ke doktor haiwan anda untuk pemeriksaan/rawatan lanjut.Doktor haiwan akan menilai tahap kesihatannya dan setelah ianya tenang sinar-X digunakan untuk kenalpasti keadaan tulangnya yang patah dan akan membuat rawatan lanjut bergantung kepada tahap patahnya itu.

Penjagaannya:
Disarankan menghadkan aktivitinya seperti bebas keluar/masuk ,banyak bergerak/berjalan,melompat dan sebagainya. Mana-mana bahagian yang dibalut hendaklah sentiasa dalam keadaan kering(basah/kelembapan kain balutan akan menarik kuman/bakteria). 

Jika ia menjadi basah, terutama dari air kencingnya adalah perlu digantikan dengan yang baru. Anda Sekiranyakucing mula mengunyah/mengigit tempat balutannya ,Kolar Elizabeth adalah alat pencegahannya dari berbuat demikian iaitu dipakaikan dilehernya dan menghalang mulutnya mencapai tempat yang hendak digigitnya.

Tulang biasanya mengambil masa 4 hingga 6 minggu untuk sembuh. Susulan sinar-X biasanya diambil untuk memantau penyembuhan jika perlu(sila bincang dengan doktor haiwan anda). Walau bagaimanapun, kucingberkeupayaan untuk menyembuhkan tulangnya sendiri dengan baik “self healing”. 

 

CREDIT TO KUCING UTARA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *