Jangan Lakukan Perkara Ini Jika Anda Tak Mahu Dibenci Kucing

Ada sebab mengapa kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang paling popular di dunia. Mereka comel, bersifat ingin tahu, suka bermain dan agak kelakar. Walau bagaimanapun, kucing merupakan makhluk yang sangat teliti dan setiap kucing juga mempunyai satu senarai tersendiri untuk menyukai dan tidak menyukai sesuatu perkara. Berikut adalah senarai perkara yang boleh membuatkan sesetengah kucing comel anda tidak gembira!

1- Menaiki Kereta


Sama seperti manusia, kucing adalah makhluk kebiasaan. Mereka amat suka mempunyai wilayah mereka dan rutin mereka sendiri, dan benar-benar benci kalau apa-apa bentuk perubahan berlaku. jika anda tidak begitu setuju dengan pendapat ini, cuba anda tambahkan satu rutin baru iaitu membawa ia menaiki kereta dan mungkin anda akan mempunyai seekor kucing yang yang tidak berpuas hati. Walaupun begitu, sesetengah kucing sebenarnya tidak suka menaiki kereta atas sebab yang baik yakni mereka terdedah kepada mabuk saat naik kereta, dan boleh muntah daripada kebimbangan yang dirasainya dengan serta-merta. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang kenapa kucing tidak suka menaiki kereta di laman berbahasa Inggeris ini.

2- Mandi


Nah, pasti anda pernah mengalami situasi yang agak sukar ketika pertama kali memandikan kucing, bukan? Anda yakin tidak pernah? Sebenarnya kucing tidak begitu suka dengan keadaan dirinya dibasahi air. Sudah menjadi tugasnya memandikan dirinya sendiri dan ini adalah semulajadi kerana lidah kucing sangat unik. Secara puratanya, kebanyakan kucing indoor akan menggunakan segala hikmat lawan sakti terunggulnya untuk mengelakkan dirinya daripada air. Anda tidak bersetuju dengan saya? Tidak mengapa. jika berpeluang boleh lah cuba membaca artikel berbahasa Inggeris tentang isu ini di laman ini ya.

3- Digosok/Digeletek/Dibelai Perutnya


Salah satu kawasan tubuh yang agak sensitif buat kucing adalah perutnya. Naluri pemangsa kucing masih lagi utuh, dan perut adalah mungkin kawasan kucing yang paling lemah. Membelai perut kucing comel sering mencetuskan reaksi defensif. Kucing anda mungkin menyerang tangan anda dengan keempat-empat kaki dan keempat-empat set kukunya akan terkeluar. Eh, admin ni memandai je kan. Jangan risau, tiada masalah untuk tidak mempercayai admin. Anda boleh cuba rujuk laman berbahasa Inggeris ini jika ada masa.

4- Membelainya Dengan Agresif


Kucing anda mungkin ingin berpura-pura ia adalah kasar dan merupakan pemangsa yang ganas, tetapi sebenarnya kucing adalah makhluk yang sangat lembut. Membelai kucing anda dengan terlalu keras atau agresif mungkin akan menyakitkan hati kucing anda dan menyebabkan ia menghentam anda dengan kaki (atau kukunya). Membelai terlalu agresif lebih merangsang kucing anda dan mencetuskan tindak balas perjuangannya yang luar biasa itu. Laman sesawang berbahasa Inggeris ini mungkin boleh dijadikan sedikit rujukan buat anda.

5- Bunyi Yang Bising
Satu bunyi yang kuat mampu mencetuskan tindak balas melompat ketakutan pada kucing yang mana ia menyangkakan yang sesuana bising itu adalah situasi yang amat merbahaya. Anda boleh lihat keadaanya yang sedemikian bila ia berhadapan dengan suasana keriuhan letupan mercun dan letupan bunga api, bunyi hon kereta atau ada acara yang agak bising. Kadang-kadang anda hanya perlu bersin sahaja untuk melihat kucing comel anda berkeadaan sedemikian. Boleh rujuk di laman berbahasa Inggeris ini jika ada masa terluang.

6- Ketika Disikat
Sesetengah kucing mungkin OK ketika diberus/disikat, terutamanya jika pemilik mereka telah melatih mereka untuk bertolak ansur dari usia yang muda. Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapati bahawa kucing anda akan berjuang dan cuba untuk melarikan diri jika anda datang kepada mereka dengan sikat di tangan. Kucing adalah makhluk yang sangat berubah-ubah dan jika mereka tidak merasa hendak disikat, mereka pasti akan memberitahu anda. Laman berbahasa Inggeris ini ada bercerita tentang perkara ini.

7- Memotong/Trim Kuku
Anda mungkin akan bernasib baik dan mempunyai kucing comel yang dapat bertoleransi ketika pemotongan/trim kuku. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar kucing anda akan menentang usaha anda itu atas dasar mempertahankan dirinya. Nak tahu cara memotong kuku kucing dengan selamat? Mungkin laman sesawang berbahasa inggeris ini boleh membantu anda.

8- Kucing lain di Wilayah Jajahan Mereka
Melainkan jika ia adalah saudara atau rakan serumah, kucing biasanya tidak suka kucing lain. Ini adalah merupakan sifat semulajadinya. Kucing secara semula jadi makhluk bersendirian dan pasti akan melihat kucing lain sebagai persaingan untuk makanan, mainan, layanan dan perhatian.

9- Terlebih Perhatian
Percaya atau tidak, kucing hanya memerlukan perhatian pada jumlah tertentu sahaja. Kebanyakan kucing tidak boleh tahan jika anda sentiasa mengikuti mereka dipersekitarannya, mendukungnya sepanjang masa atau memaksa mereka agar anda dapat membelai mereka dalam masa yang lama. Sebenarnya kucing akan memberitahu anda jika ia perlukan perhatian anda, selalunya dengan mengeow tanpa henti atau menggosok dirinya pada kaki anda semanja-manjanya. Jadi tidak perlu anda memaksanya ya.

10- Tidak Cukup Perhatian
Mengabaikan kucing anda ketika ia mahu perhatian akan menimbulkan tindak balas yang agak negatif juga. Sesetengah kucing akan mengalami keresahan atau tekanan jika dibiarkan tanpa perhatian pada jangka waktu yang terlalu lama. Ini boleh menyebabkan tingkah laku yang tidak baik akan berlaku pada kucing comel kesayangan anda.

Anda ingin berkongsikan perkara lain yang boleh mengganggu gugat perasaan gembira kucing comel anda? Apa kata anda kongsikan di ruang komen di bawah dengan hati yang iklhlas.

Sumber: kucingcomelmeow.my

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *