Dulu Kucing Kurap Kini Comel Lote

Kisah penemuan seekor kucing kurap ini dikongsikan oleh lelaki bernama Ashraff Daniel. Menurutnya, kucing malang ini ditemui oleh seorang wanita bernama Nitha.

Nitha menemui kucing malang ini dalam keadaan yang sangat teruk, berkurap dan cedera di bahagian kaki. Berkemungkinan kucing ini dibuang ataupun sesat.

Atas dasar prihatin, Nitha mengambil dan merawat kucing malang itu dengan baik sungguhpun rawatan itu memerlukan sedikit kos. Namun, berkat kesabaran Nitha, akhirnya kucing itu sembuh dan perubahannya sangat jauh berbeza.

Nitha memberikan nama Chikara pada si comel itu yang membawa maksud ‘Power’ dalam bahasa Jepun.

Memandangkan Chikara telah sihat sepenuhnya, Nitha mengiklankan Chikara di laman Pet Finder bagi memberi peluang kepada orang yang benar-benar berminat mahu membelanya.

Dikhabarkan, Chikara kini telah berjumpa dengan ahli keluarga yang baru.

Nak lihat gambar saat perubahan Chikara dari awal ditemui oleh Nitha sehingga menjadi seekor kucing yang gebu dan menawan?

Lihat gambar di bawah:

Ketika ini badannya penuh dengan kurap

Walaupun dia dalam keadaan kesakitan tapi wajahnya tampak bersahaja

Tapi makin lama dia makin cantik

Setiap hari dia menjadi semakin sihat

Kalau macam ni RM 10 ribu pun orang nak beli kan?

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *