Thaqif Dan Akmal Bakal Bekerjasama Mencipta Game Android Di Smartphone

Selepas viral nya kisah Kanak Kanak 12 Tahun Mencipta Game Komputer, seorang remaja yang baru berumur 13 tahun bernama Akmal seorang Apps developer menunjukkan minatnya untuk bekerjasama dengan Thaqif untuk mencipta game android di smartphone.

Akmal Hazim adalah founder kepada InspyreHosting seorang programmer muda yang telah mencipta apps untuk smartphone ketika berusia 13 tahun, dia menunjukkan minat untuk bekerjasama setelah mendapati Thaqif dan dia memiliki persamaan yaitu programming di usia yang muda.

Dia telah menghubungi admin group PC Gaming Community Malaysia dan post tentangnya di dalam facebook akan niat nya untuk bekerjasama dengan thaqif membangunkan game di android smartphone.

Walaupun mereka berdua sangat muda, tapi minat dan kesungguhan mereka belajar bidang it sangat lah menakjubkan.

Akmal bernasib baik kerana memiliki peralatan yang cukup untuk membina aplikasi di smartphone tapi thaqif kurang bernasib baik kerana dia kekurangan peralatan dan internet. Namun semangat Thaqif sama seperti akmal, walaupun tidak memiliki PC tapi dia sanggup berjalan setiap hari pergi ke pusat Komuniti 1 malaysia untuk mencipta game di PC.

Pastinya satu pencapaian yang cukup memberansangkan untuk mereka berdua, ramai mengatakan anak muda malaysia hanya tahu bermain tiktok, wechat, bigo dan tumblr. Tapi persepsi mereka sebenarnya salah, anak muda generasi Z kini bukan sahaja pintar tapi telah menceburkan diri dalam bidang yang mereka minati di usia yang tersangat muda.

Sumber: MALAY REPORTER

 

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *