Siapa Sangka Pada Umur 12 Tahun Dia Telah Pandai Mencipta Game Walaupun Terima Kritikan Hebat

Thaqif, menjadi tajuk bualan di dalam sebuah group pc gaming di Malaysia apabila ingin meminta tajuk sebuah game yang dibuatnya sendiri. Ramai yang memberikan kata sokongan tak kurang juga yang memerli padanya.

Setelah di kecam hebat kerana umurnya yang baru berusia 12 tahun dan masih bersekolah rendah, sedikit pun semangatnya tidak luntur dan telah membuktikan kepada umum bahawa beliau telah pun menyiapkan  75% dari hasil kerjanya kedalam group, boleh lihat hasil kerjanya di video di bawah

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah sebaliknya, malang sekali apabila cyber cafe tempat thaqif menghasilkan Game telah  memadam aplikasi coding gaming yang adik thaqif buat kerana takut itu adalah virus. Beliau telah meminta maaf kepada warga group kerana tidak sempat menghabiskan dan menunjukkan hasil kerjanya.

Walaupun sedih tapi dia langsung tak give up dan tetap ingin menyiapkan game, kerana kesungguhannya dia telah menekad untuk teruskan membuat game.

Bangkit dari rintangan yang berlaku, thaqif cuba mencari komputer “kentang” dalam lingkungan harga rm 350 yang sesuai untuk software coding beliau, untuk adik thaqif mula dari awal mencipta game buatannya sendiri.

Postnya telah membuatkan, member group PC GAMING COMMUNITY tersentuh akan kesungguhannya, rata-rata daripada ahli group sudi menderma RM1, RM5, RM 100 untuk adik thaqif mendapat komputer baru.

Pucuk dicinta, ulam mendatang, apabila kehadiran, dan keazaman adik thaqif dilihat oleh warga komuniti pcgm, dan sedang melancarkan derma kilat untuk adik thaqif.

Diharap jika YB Syed Saddiq atau YB DR MASZLEE MALIK membaca post ini, mereka akan memberikan sponsorship untuk adik Thaqif menyambung dalam bidang IT  dan Programming. Benarlah apa yang dikatakan oleh syed saddiq, jangan memandang rendah pada kuasa anak muda.

Sumber: MALAY REPORTER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *